Thursday 9 December 2021

Harga Sayur naik atau turun tak de masalah, cili, terung, halia, petola, tomato tanam sendiri

Kalau dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, dimana salah satu aspek yang efek kita adalah pada keperluan and membuat makanan harian.  Jika harga naik masa pandemik, memang susah nak cari barang sayuran yang murah, apatah lagi jika kita hanya bergantung pada kedai-2 yang berdekatan sahaja.

Saya ingin share sedikit sebanyak mana saya rasa boleh mencungkil minda ada dengan membuat tanaman sendiri didalam ruang yang sebigitu kecil katakan dalam lingkungan 50sqft. 

Betul saya pernah tanam lebih kurang 380-500 pokok cili dalam ruang yang begitu kecil tanpa ladang, kebun dan pelbagai keperluan yang lain seperti racun, baja yang sebegitu expensive.


Tengok salah satu video yang saya buat, mungkin anda boleh cuba dengan cara ini untuk menanam sayuran seperti pak choy, bayam, cili, tomato ,  sayuran ini biasa ada dalam semua jenis hidangan lagipun mahal di pasar ikut musim.


                Cara penyediaan vertical tower dengan menggunakan pvc paip 4inch lepas tu masukan cocopeat dan semai lepas tu pindah tanam.. 


Ini salah satu video nak share dengan 1 tower saja ada banyak bunga and buah cili yang belum nak dipetik.


Anda boleh pergi ke channel youtube ini dan tengok pengalaman dan cara penyediaan dari semai sampai hasil... 

Jadi, saya rasa ini salah satu cara yang mungkit dapat membantu sekiranya harga sayur melampung naik..

Salah satu kebaikan dengan cara ini, kurang pakai baja, tidak perlu pakai teknologi yang mahal, fertigasi air dengan cara murah atau tidak perlu langsung, siram manual pun boleh.

Bayam( spinach) , kailan, kangkung, pak choy, cili, tomato, dan macam -2 sayur boleh.

Tanam 26 pokok tomato dalam 1 vertical tower yang tinggi 4 kaki.



Kalau nak cuba cara hydroponik pun boleh, video dibawah lengkap dengan cara-2 penyediaan dengan menggunakan kos yang rendah, Pak choy memang bagus untuk cara sebegini..


Tanam Halia di balcony... memang berbalui...




Cara tanam petola, tapia  banyak video dari mula sampai sekarang...







Yang bawah cuma intro sahaja...


                                    

No comments:

Post a Comment