Showing posts with label Pokok Cili. Show all posts
Showing posts with label Pokok Cili. Show all posts

Tuesday, 24 January 2023

Cara Tanam Pokok Cili Dalam Vertical Tower


Pokok cili boleh ditanam dalam pelbagai cara, seperti dalam polybag, tanah, cocopeat, sekam bakar, pasu bunda, ladang atau cara yang saya guna aiatu dalam vertical tower. 


Cara tanam pokok cili dalam vertical tower


Pada permulaan, semai biji benih dalam pasu atau tray semaian, tutup dengan plastic hitam selama 1 minggu. Caranya mudah sahaja.. 

1. Isi tray semaian dengan cocopeat
2. letakan benih cili dalam setiap lubang semaian, saya menggunakan cili sakata 461 F1 Hybrid.
3. Sembur Air pada tray semain. 
4. Tutup tray dengan plastic hitam 
5. Biarkan dalam 1 minggu - buat masa seminggu baja tidak diperlukan.
6. Hari Kelapan benih cili akan mula tumbuh.


Selepas pokok cili mula tumbuh dalam 5 inch, kita boleh pindahkan ke dalam yang kita hendak tanam..Saya pindahkan anak pokok cili kedalam  vertical tower seperti diatas.



Pokok cili memerlukan baja A dan B dengan kekerapan ikut SOP dan semburan racun serangga yang berulang.  Saya ada buat video tentang cara-cara tersebut dalam blog ini, anda boleh klik vertical farming tower untuk pengetahuan lebih lanjut.


Selepas 70 hari tanaman,, pokok akan mula berbuah. 

Sunday, 22 January 2023

Whitefly Punca Rosak Pokok Cili, Afid, Hama, Trips, Lalat Buah, Vertical Tower, Novatec Premium


 

Whitefly atau kutu putih... sejenis serangga perosak pokok cili. Terdapat banyak perkara kenapa ada serangan kepada pokok cili.. White fly ini bukan saja serang pokok cili tapi perbagai jenis pokok sayuran yang lain.. hari kita nak cerita kenapa punca dia...

Whitefly Punca Rosak Pokok Cili, Afid, Hama, Trips, Lalat Buah, Vertical Tower, Novatec Premium

1. Terlebih baja kepada pokok. Jadi bila tak ikut sukatan EC untuk bancuh baja, Pokok cili tetap terima nutrient tersebut dan menyimpan nutrient yang tidak dipakai dalam daun..

Biasanya bila baja disalurkan ikut sukatan, pokok akan habiskan baja tersebut, lalu serangga tidak dapat makanan dari segi simpanan dalam daun.


2. Kawasan tanaman - Yang penting jangan ada semak atau sampah.

3. Racun serangga kena di tukar setiap musim. kalau tidak serangga akan imune pada satu racun sahaja. 

4. Kerap ikut sukatan dan gunakan baja foliar untuk daun. setengah baja foliar boleh menghindar serangga.