Tuesday 24 January 2023

Cara Tanam Pokok Cili Dalam Vertical Tower


Pokok cili boleh ditanam dalam pelbagai cara, seperti dalam polybag, tanah, cocopeat, sekam bakar, pasu bunda, ladang atau cara yang saya guna aiatu dalam vertical tower. 


Cara tanam pokok cili dalam vertical tower


Pada permulaan, semai biji benih dalam pasu atau tray semaian, tutup dengan plastic hitam selama 1 minggu. Caranya mudah sahaja.. 

1. Isi tray semaian dengan cocopeat
2. letakan benih cili dalam setiap lubang semaian, saya menggunakan cili sakata 461 F1 Hybrid.
3. Sembur Air pada tray semain. 
4. Tutup tray dengan plastic hitam 
5. Biarkan dalam 1 minggu - buat masa seminggu baja tidak diperlukan.
6. Hari Kelapan benih cili akan mula tumbuh.


Selepas pokok cili mula tumbuh dalam 5 inch, kita boleh pindahkan ke dalam yang kita hendak tanam..Saya pindahkan anak pokok cili kedalam  vertical tower seperti diatas.



Pokok cili memerlukan baja A dan B dengan kekerapan ikut SOP dan semburan racun serangga yang berulang.  Saya ada buat video tentang cara-cara tersebut dalam blog ini, anda boleh klik vertical farming tower untuk pengetahuan lebih lanjut.


Selepas 70 hari tanaman,, pokok akan mula berbuah. 

No comments:

Post a Comment