Tuesday 14 December 2021

Vertical Tower, 380 pokok cili dalam keluasan 28sqft, Hasil 4-5kg semusim, Cara tanam cili

 Cuba bayangkan kita boleh tanam pokok cili kulai lebih kurang 300 lebih pokok dalam kawasan yang nak cakap sempit pun bukan, tapi secara teratur. Jadi apa yang telah saya buat adalah tanaman cili dalam vertical tower, iaitu tanaman dalam pvc paip warna putih 4 inch, betul. paip 4inchi.

Cara nak buat vertical tower ini mudah sahaja, perlu botol kicap, paip, pasu bunga dan pasir untuk menegakan tiang vertical tower. 

Dalam 1 tower ada lebih kurang 26 lubang yang boleh ditanam pokok cili. Kalau anda tenguk video saya ini, pasti anda akan kagum.



Hasil dalam musim pertama adalah lebih kurang 5-6kg gred import pulak tu... dapur penuh dengan cili kulai. Tetapi ramai yang tak pernah cuba tanam cili kulai dalam tower, tapi saya biasa tenguk kebanyakan pekebun pernah tanam cili padi dalam vertical tower. 

Tapi experiment saya, sukses selepas semai, lepas tu pindah ke vertical tower secara berperingkat. Ada 13 tower sekarang, cocopeat pula dah lalu 3 musim sekarang musim keempat. Lumayan juga kalau buat tanaman ini secara besar-besaran.

Yang bes adalah pergerakan dalam kebun saya seperti pergerakan dalam rumah, kawasan kecil jadi takde masalah nak buat kerja-kerja pruning, petik cili, racun seranga. 

Kalau di ladang lain cerita, penat kena berjalan. lalu kena ada ramai pekerja. Kita boleh experimen sendiri dan tenguk berapa musim boleh lalu untuk petik cili dan kemudian kita boleh fikir untuk buat secara besar-besaran. 

OK semoga berjaya........ Saya ada sediakan video-video yang lain berkenaan tanaman cili dalam vertical tower. 

No comments:

Post a Comment