Tuesday 21 December 2021

Tanaman pokok cili dalam vertical tower, hasil selepas 9 bulan

  


Dalam pengalaman saya selepas bermula dengan tanaman cili dalam vertical tower sejak 10 jan 2021 sampai sekarang, pokok cili masih berbuah tanpa masalah. Saya ada sebanyak 300 lebih pokok cili dalam 13 tower. Tetapi baru-baru ini saya dah mula semaian baru pokok cili untuk tanam semula ke vertical tower. 

Jadi cocopeat dalam vertical lama masih boleh digunnakan dengan pelbagai cara. Salah satu cara kita kitar semula atau guna balik adalah seperti berikut.

Cara - Cara seperti berikut

1. Guna 1 botol clorox bancuh dalam tangki fertigasi dan alirkan air tersebut melalui drip / fertigasi ke vertical tower atau polibeg yang ada cocopeat.

2. Biar selama 3 hari seminggu untuk process reput akar berlaku

3. Selepas seminggu alirkan air biasa seperti cara pembajaan tiap-tiap hari selama berberapa hari untuk mencuci cocopeat yang ada clorox

4. Tambahan baja sebelum tanaman, alirkan air baja a dan b seperti biasa, ikut jadual 1 hari dan biarkan selama 1 minggu

5. Kalau boleh bancuh ubat semut and siput babi kedalam tangki fertigasi. 

6. Selepas 2-3 minggu cocopeat boleh sedia digunakan semula.


Selamat mencuba....

No comments:

Post a Comment