Monday, 16 January 2023

Vertical Tower, Tanaman Cili, Hydroponic, Media Cocopeat, Cara Penyediaan Vertical Tower - Part 1

 



Cara untuk membuat vertikal tower dengan mengunakan paip pvc 4inch yang dibeli dari kedai hardware. 

Biasanya ukuran saya berdasarkan kepada ketinggian yang diperlukan, untuk experimen yang ini saya mengunakan tiang pvc 4 kaki lebih kurang.

Barang yang diperlukan adalah seperti berikut.

1) Tiang PVC 4 inch ukuran 4 kaki, Harga RM6

2) Pasu bunga sederhana seperti di video, harga di Mr.DIY lebih kurang RM3

3) Bahan Cement dan batu untuk menegakan tiang pvc, harda dalam RM5

4) Bahan pemanas seperti dapur gas pun boleh untuk membuat lubang dalam paip pvc

5) Botol kicap ikut size yang diperlukan untuk membuat lubang selepas garisan potongan pvc dipanaskan.

untuk lebih lanjut info ada di dalam video part 2 di bawah.



Harap boleh mencuba semasa ada waktu lapang tapi yang penting kena ada minat untuk berkebun.

1 comment: