Friday 1 April 2022

Cara tanam bendi dalam vertical tower sampai hasil



Kali ini saya cuba experiment baru iaitu menanam bendi dalam vertical tower tetapi ada twist dia...
ok tower boleh muat 26 pokok and kebanyakan tanaman yang saya buat adalah pokok cili, tetapi pokok cili bahagian atas memang memberi hasil yang memuaskan padahal pokok bahagian bawah vertical tower tidak begitu merangsangkan sebab kemungkinan cocopeat basah lama, serangan kulat walaupun treatment sentiasa dibuat.

Sekarang saya telah experiement menanam bendi pada vertical tower dan memang ada hasil seperti di video atas dalam youtube channel saya, tapi kali ini saya menanam pokok cili di bahagian atas vertical tower and pokok bendi di bahagian bawah tower, jadi lebih kurang 1 tower add 10 pokok cili kulai sakata f1 hybrid and 10 pokok bendi.

Saya yakin tanaman ini akan tumbuh dengan sempurna dan lagipun baja yang saya berikan adalah baja AB yara tera and ubat membasmi serangga white fly atau lalat putih adalah seperti berikut, malathion 57, leili fortineem, cuka kayu, dan untuk menahan seranggan penyakit saya mengunakan softguard leili 2000, Ezigrow yang juga boleh digunakan sebagai semburan foliar bawah daun.

Sila subscribe youtube channel saya untuk mempelajari pengalaman saya membuat pelbagai tanaman seperti, cili, halia, tomato, terung, petola , timun dan sayuran lain lain dalam vertical tower.





 

No comments:

Post a Comment