Epsom salt salah satu cara yang murah untuk menjadikanya sebagai baja foliar, daripada experiment yang telah saya buat, epsom salt biasanya menggalakan bunga dan buah serta membuat pokok sihat. Walaupun ini cara yang boleh digunakan tetapi sebagai amalan yang bagus baik kita gunakan product racun serangga dan baja khas untuk pokok cili untuk tanaman cili di ladang.
Biasanya penggunaan Epsom salt adalah cara yang singkat lalu murah untuk mengubati penyakit pokok apa jenis pun, dan you penggalak bunga dan buah.
Saya mendapat tahu tentang rahsia melalui otai - otai youtube yang mempunyai ladang yang besar.
Saya pernah menggunakan Epsom salt untuk 1 sebab iaitu untuk mengubati penyakit kerinting pokok cili yang biasa dari ancaman jenis-jenis serangga seperti hama, lalat putih dan pelbagai. Pada pendapat saya ia amat berkesan semasa saya menggunakanya. Walaupun ini terbukti.. pengguna harus ambil risiko tersendiri sebelum mencuba sebab ada petua-2 yang tertentu kita kena patuhi.
Cara saya menguna Epsom salt adalah dengan pelbagai cara seperti berikut:-
1. bancuh 1 senduk kedalam bekas 2L dan bila dah larut, saya sembur ke pokok.
2. Semburan harus dibuat setiap hari
3. Elakkan semburan pada panas terik matahari
4. Elakkan jika boleh semburan racun atau foliar lain bila menggunakan Epsom Salt, takut ada tindakan kimia yang mungkin tidak diingini.
Ok it saja saya nak share, jika minat tolong tonton video diatas
No comments:
Post a Comment