Wednesday 28 July 2021

Kerja Sekolah - Tokoh Negara Malaysia

 

Kerja Sekolah - Tokoh Negara Malaysia



Buku Skrap ini dibuat untuk  mengetahui dengan lebih  lanjut tentang tokoh negara. Tokoh yang dipilih untuk Buku Skrap Pendidikan Moral saya ialah  Tunku Abdul Rahman. Beliau merupakan wira kemerdekaan yang telah berusaha untuk mendapatan kemerdekaan negara kita iaitu Malaysia. Beliau dikenali sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia.

.BIODATA TOKOH

       

Nama                                     :   Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Jawatan                                 :    Perdana Menteri pertama, Malaysia

Tarikh dalam Jawatan         :    31 Ogos 1957 hingga 22 September 1970

Tarikh Lahir                           :    8 Februari 1903

Tempat Lahir                        :    Istana Tia Tangga, Alor Setar, Kedah

Tarikh Meninggal Dunia     :    6 Disember 1990 ( Umur 87 tahun)

Pendidikan                            :    Ijazah Undang-Undang

Pekerjaan                              :    Menteri dan Peguam

 

 LATAR BELAKANG TOKOH

Tunku Abdul Rahman  merupakan seorang tokoh yang mempunyai sifat-sifat istimewa disebalik kejayaannya. Beliau merupakan seorang yang peramah, baik hati, arif dalam membuat pertimbangan, berjiwa rakyat, setia kepada sahabat-sahabatnya , rendah diri , murah hati , sentiasa bersimpati , bertanggungjawab serta banyak lagi nilai yang membolehkan beliau mempunyai kenalan yang ramai.

Tunku dilahirkan pada 08 Februari 1903 di Istana Tingkat Tiga ( Istana Kota Lama ) Alor setar, Kedah.

Beliau merupakan putera yang ke-6 dari isteri yang ke-2 atau yang ke-24 bagi ayahnya Ayahandanya, Sultan Abdul Hamid , menaki takhta Kedah pada 1881 dan mangkat pada tahun 1943.Ibundanya pula , Che Manjalara , berketurunan Siam dan Burma dan menukar namanya kepada Sharifah Fatimah setelah memeluk agama Islam.

Tunku telah berkahwin pada tahun 1939 dengan isterinya Sharifah Rodziah binti Syed Alwi Barakbah.Kedua-duanya merupakan tokoh kebanggaan negara.

 PENDIDIKAN AWAL 

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Melayu Alor Setar kemudiannya ke Sekolah Inggeris (sekarang dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Setar ) Kedah. Ketika berusia lapan tahun beliau mengikuti abangnya ke Bangkok dan meneruskan pengajiannya di Penang Tree School. Selepas itu, beliau ke St. Catherine College, Universiti Cambridge England untuk belajar undang-undang dan kemudiaannya balik ke Tanah Melayu pada tahun 1925 setelah menamatkan pelajarannya.Tunku mendapat Ijazah B.A dalam sastera.

     Beliau kembali ke England untuk menyambungkan pelajarannya dalam bidang Undang-undang di Inner Temple , England pada tahun 1938 , namun pengajiannya terbantut apabila Perang Dunia Kedua meletus.

     Demi menyempurnakan hasratnya menjadi peguam maka ada tahun 1947 , beliau sekali lagi ke England bagi melanjutkan pelajarannya dalam pegajian undang-undang di Cambridge Universiti dan ditauliahkan pada tahun 1949.

  

KEPERIBADIAN

 

Tunku telah banyak berkorban untuk negara. Pelbagai cabaran serta rintangan dihadapi namun segalanya berjaya diatasi dengan cekal dan tabah. Bapa Perpaduan Malaysia ini telah membuktikan bahawa beliau merupakan seorang pemimpin yang berwibawa. Tunku merupakan seorang tokoh yang mempunyai perwatakan dan keperibadian yang tersendiri serta istimewa yang sukar ditandingi.

Ketegasannya dalam membantah pengiktirafan Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai parti sah sewaktu Rundingan Baling membolehkan negara kita bebas daripada ancaman atau pengaruh Komunis.Kegigihan , keberanian , dan ketegasan beliau telah membebaskan negara kita dari belenggu penjajah.Rakyat seharusnya berasa kagum dengan matlamat hidupnya yang begitu mulia dan menghargai kesanggupannya mengorbankan masa-masanya yang berharga bagi membentuk negara yang merdeka.


PENGLIBATAN DALAM SUKAN

Beliau juga merupakan seorang yang akif dalam sukan. Tunku Abdul Rahman mempunyai banyak hobi termasuk menunggang kuda , memancing ikan , dan memasak. Beliau berminat bidang sukan sejak kecil terutamanya menunggang kuda dan bermain golf. Bola sepak merupakan bidang yang paling diminati. Beliau pernah dilantik sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu , Bola Sepak Selangor dan Presiden Kehormat Persatuan Bola Sepak Malaysia pada 14 Februari 1954.

 

KERJAYA

     Tunku dilantik sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama pada tahun 1957.Beliau turut memegang portfolio Menteri Dalam Negeri. Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau pernah memegang beberapa jawatan lain. Kerjayanya bermula pada 10 Disember 1931 apabila beliau berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Kuala Muda , Padang Terap , Kuala Nerang , Sungai Petani , dan Kulim, Kedah.

      Pada tahun 1940,Tunku menjadi Timbalan Pengarah Keselamatan Awam Kedah.Tunku juga pernah bertugas sebagai Pendakwaraya di Perkhidmatan dan Kehakiman Kuala Lumpur.

Beliau berjaya mendapatkan persetujuan British dan 31 Ogos 1957 ditetapkan sebagai tarikh kemerdekaan.Selepas kejayaan ini , beliau mendapat perhatian masyarakat di seluruh dunia , terutamanya media massa. Pada 27 Mei 1961 , Tunku telah mengemukakan cadangan untuk menggabungkan Tanah Melayu , Singapura , Sabah , Sarawak , dan Brunei bagi membentuk sebuah negara yang bernama Malaysia.

Idea tersebut mendapat sokongan dari negara-negara tersebut kecuali Brunei.Pada 6 Januari 1962 , kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan British telah menubuhkan Suruhanjaya Cobbold bagi meninjau reaksi rakyat Sabah dan Sarawak tentang pembentukan Malaysia.Akhirnya Malaysia dibentuk pada 16 Julai 1963 dengan menggabungkan Tanah Melayu , Singapura , Sabah , dan Sarawak.

Pada tahun 1955, Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu. Penglibatan beliau dalam bidang politik tamat apabila beliau meletakkan jawatan sebagai Pedana Menteri Malaysia pada 22 September 1970.


SUMBANGAN TOKOH:

SUMBANGAN DALAM PENULISAN

                                                                                      

·         Tunku merupakan seorang penulis yang berbakat. Karya beliau mampu menarik perhatian orang ramai. Walaupun pada masa Tunku bersara , ketika berumur 85 tahun, beliau masih bergiat cergas malah masih aktif dalam bidang penulisan seperti ruangan Looking Back dan As I See It dalam akhbar The Star.

 

·         Sepanjang 16 September 1974 sehingga 16 Ogos 1975.Tunku telah menghasilkan sebanyak 53 artikel dalam ruangan Looking Back.

 SUMBANGAN DALAM KESENIAN

·         Pada 27 Ogos hingga 30 Ogos 1969 , beliau telah mengadakan Persidangan Antarabangsa Drama dan Muzik Tradisional Asia Tenggara dengan tujuan menonjolkan kebudayaan Melayu di mata dunia.

 

·         Tunku telah menghasilkan tiga karya yang kemudiannya difilemkan iaitu : -

v  Mahsuri 

v  Raja Bersiung

v  Sumphan Mahsuri

·         Filem “ Raja Bersiung “ merupakan antara filem Melayu pertama yang berwarna di Malaysia yang ditayangkan untuk mengutip derma bagi tabung Tuju Peringatan Rosli Dhobie.

ANUGERAH YANG DITERIMA OLEH  TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA

 

Beliau menerima : -

v  Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dari Universiti Oxford , England pada tahun 1970  

v  Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang dari Universiti Cambridge (1970)

v  Ijazah Kehormat Pentadbiran Awam dari Universiti Prince of Songkhla , Thailand(1977).

Beliau juga menerima penghormatan dalam bentuk pangkat dan darjah-darjah kebesaran sama ada dari dalam mahupun dari luar negara.Ini termasuklah pangkat-pangkat seperti :-

v  Order of Istinqqlal , Maghribi pada tahun 1957

v  Darjah utama Negeri Kedah pada tahun 1958

v  Order of  Kim Khanh , Vietnam (1958)

v  Seri Paduka Mahkota Brunei (S.P.M.B)

v  Grand Cross of The Order of The Same Crown dari Belgium Order of Sikatuna dari Filipina (1959) ,

v  Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (kelas pertama)

v  Anugerah Ramon Magsaysay dari Filipina (1960)

 

v  Knignt Grang Cross of  the Most Illustrios Order of Chula Chom Klao dari Thailand (1962)

v  Darjah Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S)

v  Grand Cross of the Royal Order of Sahametrai dari Kemboja.

 

PERGINYA SEORANG WIRA BANGSA

 Pada 6 Disember 1990 , Tunku menghembuskan nafas yang terakhir pada usia 87 tahun di Hospital Besar Kuala Lumpur.

LAMPIRAN

 

·         Pada 31 Ogos 1957 bertempat di stadium yang baru dirasmikan iaitu Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah menyaksikan peristiwa bersejarah bagi Tanah Melayu iaitu secara rasminya penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu.

 

·         Pengisytiharan  disambut dengan laungan "MERDEKA" sebanyak 7 kali sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara asing lainnya.

Tags
tokoh pemimpin malaysia,
tokoh negara 2020,
maksud tokoh negara,
tokoh malaysia yang berjaya,
tokoh tokoh negara yang anda kagumi,
tokoh yang mengharumkan nama negara,
sumbangan tokoh negara,
tokoh luar negara

No comments:

Post a Comment