Wednesday, 28 July 2021

Cara-Cara membuat ikatan anduh Tangan

Cara-Cara membuat ikatan anduh Tangan




 CARA-CARA MEMBUAT IKATAN ANDUH TANGAN

Sila tonton untuk tiga jenis ikatan anduh tangan disini - https://youtu.be/pc3Kk9Kxlc8

Dalam   Bantuan   Kecemasan   biasanya   pembalut   berbentuk segi tiga yang diperbuatdaripada kain belacu yang kukuh digunakan. Kain selebar satu meter persegi dipotong separuhpada bahagian 2 penjuru bertentangan. Kain tersebut dikenali sebagai kain anduh. Lipatan anduh tiga segi Lipatan lebar - Lipat dalam bentuk lipatan lebar bagi menutup tuap (splinta) atau bebatan padabahagian besar badan. Lipatan kecil - Lipat dalam bentuk lipatan kecil untuk menutup bebatan luka kecil. Lipatan pelapik - Lipat dalam bentuk pelapik padat untuk mengawal pendarahan

cara-cara membuat balutan anduh kecil


Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik dan letakkan

bucu atas kain anduh di atas tangan.

-Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah.

-Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan.

cara-cara membuat balutan anduh besar

Asas Pertolongan Kecemasan

-Bucu kain atas anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang cedera.

-Kemudian ikatan buku sila diikatkan pada atas bahu.

-Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat

ke bahagian dalam supaya nampak lebih kemas.

Fungsi:

- mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.

- mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.



No comments:

Post a Comment